Bandaraya Kuala Lumpur  dan Lembah Kelang pastinya bukan asing kepada kita semua. Ia sememangnya merupakan kawasan tumpuan masyarakat dari seluruh negara malah luar negara. Kebanyakannya bekerja di sini, ada juga yang belajar, berniaga dan tidak kurang juga yang melancong dan bersiar-siar.

Dunia telah memperakukan bahawa Kuala Lumpur adalah salah satu pusat membeli-belah terkenal di dunia yang menawarkan pelbagai barangan pada harga yang berpatutan.

Selain itu, Kuala Lumpur dan Lembah Kelang turut menawarkan pelbagai makanan yang diilhamkan daripada resipi seluruh negara malah dari beberapa pelusuk dunia. Tidak boleh dinafikan bahawa makanan merupakan antara industri berskala besar di Kuala Lumpur yang mempunyai permintaan yang sangat tinggi.

Oleh itu, di sini disenaraikan 18 tempat makan meliputi pelbagai genre makanan yang dirasakan antara yang terbaik. Namun ia tidak berdasarkan “ranking”. Artikel ini merupakan artikel terkini untuk tahun 2017.


 Restoran Murni Bukit Jalil

41, Jalan 16/155C, 57000 Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Sekiranya anda berjalan-jalan di sekitar Bukit Jalil dan tiba-tiba terasa lapar, kini terdapat satu lagi pilihan tempat makan yang amat menyelerakan iaitu Restoran Murni.

Sebenarnya Restoran Murni ini adalah salah satu cawangan daripada Restoran Murni yang terletak di SS2 Petaling Jaya. Menu yang ditawarkan juga hampir sama.

Restoran Murni ini menawarkan makanan barat (western food), makanan ala thai dan pelbagai lagi menu yang sesuai untuk disajikan kepada seisi keluarga. Antara menu yang disarankan oleh pengunjung-pengunjung tetap restoran ini adalah Mee Raja dan juga Spagheti Seafood Carbonara yang dianggap antara menu tersohor di sini.

Selain itu, makanan barat seperti Chicken Grill juga boleh didapati pada harga yang berpatutan dan cara hidangannya amat impresif dan membuka selera.  Makanan barat lain turut memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Roti Hawaii yang berkonsepkan roti canai / murtabak dan pizza ini pula merupakan menu yang sungguh jarang didapati di tempat lain.

Makanan Melayu seperti nasi lemak juga dihidangkan dengan cara yang tersendiri. Biasanya ia disertakan dengan pilihan rendang daging dan ayam. Bagi yang menggemari nasi lemak, nasi lemak di sini tidak mungkin mengecewakan.





Satu perkara yang menjadi buah mulut dikalangan pengunjung adalah perkhidmatannya yang boleh dianggap berkualiti kerana makanan disediakan dalam masa yang pantas. Layanan juga dikatakan kelas pertama. Bagi mereka yang benar-benar kelaparan, anda tidak perlu memesan makanan lebih kerana restoran ini menghidangkan dalam kuantiti yang banyak untuk setiap hidangan.

Sekiranya anda tersesat atau sememangnya berada di kawasan Bukit Jalil, restoran ini boleh menjadi salah satu destinasi anda.

No comments:

Post a Comment